TENTANG SAYA

Assalamualaikum


Diberi nama sebagai Wannoraini Binti Abdul Latif. Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan pada 24 Februari 1979.

Mendapat pendidikan awal di TADIKA KEMAS, Batu 4 1/2 Jalan Kapar, Klang. Sekolah Rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sementa, Jln Kapar, Klang (Darjah 1- Darjah 3). Berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor. Meneruskan pengajian di Sek. Men. Keb. Rantau Panjang, Klang, Selangor (Tingkatan 1 - 5).

Alhamdulillah, setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, saya telah ditawarkan ke Matrikulasi UUM, Sintok,Kedah (1997-1998). Meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Malumat (BIT) di UUM, Sintok, pengkhususan dalam Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) sekitar tahun 1998-2001. Saya nekad untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dengan mengambil jurusan Sarjana Sistem Pintar (MSc. Intelligent System) daripada UUM, Sintok pada 2001 -2003.

Setelah menamatkan pengajian, saya mendapat tawaran sebagai Pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia, kini ia dikenali sbg Management & Science University (MSU) pada 02 Mei 2003. Berkhidmat 5 tahun di sana. Sebelum ditawarkan bekerja di UiTM Alor Gajah, Melaka pada 06 Oktober 2008. Kini saya bekerja sebagai pensyarah Sains Komputer di UiTM Jasin, Melaka. Fakulti saya dipindahkan ke sana.

Saya sukakan perniagaan dan saya memilih untuk melakukan perniagaan secara online bersama Smart Tycoon Group (STG). 

No comments:

Post a Comment