Sunday, January 22, 2017

Apa BIG WHY anda?

Cik Wann ni sebenarnya terjebak secara tak sengaja dengan Smart Tycoon Group (STG) ni sebab dah jatuh cinta dengan produk2 superb yg STG jual.  Makan & guna dan sangat berkezan.  Dibantu dengan mentor yg sentiasa guide sampai ke hari ini. Sistem yang sangat adil dan berkesan, elmu yang sentiasa berterusan.  Itulah tips untuk nak berjalan dalam bisnes!

Buat je.. Buat je.. Buat je..
Dengar cakap mentor..
Hati kena bersih.. Cekal.. Tabah..
Mana ada kejayaan dtg bergolek?  Semua kena usaha dik..

Jangan cepat putus asa jika belum berjaya.  Buat sampai jadi ye!  Cepat2 dan laju2 belajar bisnes sampai pandai. In shaa Allah kejayaan pasti milik kita.

Jangan lupa utk dapatkan mentor yang hebat,  pasti anda juga akan jadi hebat!  Tqvm CDM Kak Tun Mozla Binti Mamat dan CDM Kak  Norazlin Nordin, CDM Arifin Shah dan semua CDM2 STG yang lain.  Juga biz partner tersayang WNT dan ZMS serta rakan TMT dan seperjuangan yg lain.

Ini belum catatan seorang CDM.  Baru DDM, kalau CDM nanti Cik Wann share lagi ye.  doakan tau Cik Wann #CDMSTGJan2017  Sangat manis kejayaan tu bila kita berusaha bersungguh2.. Jom laju2 lagiiii...

Kalau yg serius nk cari extra income tu,  cepat2 la bertindak.  Tahun 2017 ni memang tahun penuh cabaran.  Kalau rasa duit tu x suka sbb TAKUT KAYA RAYA,  LUPA DIRI,  UJUB DAN RIAK,  cari la duit sampai kaya raya untuk buat pergi sedekah banyak2. Pergi haji waktu muda, boleh sponsor mak ayah ke haji,  adik-beradik & sedara mara, org kampung kita yang susah dan tak mampu ke haji tu.  Beli tanah banyak2 pergi buat wakaf tanah kubur.  Kata nak masuk syurga kan?  So itulah saham anda nanti.  Dan fikirlah masa depan anak2 anda tu,  nanti nak sambung study x perlu la pinjam PTPTN,  belikan rumah dan sebidang tanah bagi sorang satu anak2 yang ada.  Zaman akan datang pasti lebih mencabar.  Jadi PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR.  Doakan Cik Wann pun mampu buat macam tu.  Sebab tu Cik Wann nak bisnes sampai jd JUTAWAN. Itulah BIG WHY Cik Wann....anda bagaimana?  ada BIG WHY tak?  Meh share...

Salam sayang

#CoachWann 012 2135641
#RoadToCDMJan2017
#TheMagicOfParTime

Sunday, December 11, 2016

Mari Menuntut Ilmu


Asssalamualaikum semua, selamat pagi!

Pagi ni Cik Wann dengan suami pergi menuntut ilmu tentang FB Ads untuk nak kembangkan biz online kami. Walau Cik Wann dan suami pernah juga pergi kelas FB Ads sebelum ni tapi FB ni mmg sentiasa berubah2 style dan syarat dia. Tujuan FB ads ni nak buat iklan berbayar di FB bagi meluaskan target pelanggan kita dan kawasan. Of course kita nak iklan yang murah kan? Labur RM 1000 tapi dapat pulamgan keuntungan jualan RM 10,000 dan lebih!

Best kan kalau berbisnes ada ilmu? So siapa yang nak start biz boleh la pm Cik Wann, join team Cik Wann, nanti Cik Wann ajar cara beriklan yang akan dapat keuntungan buat anda! 

Kita kena tahu siapa bakal pelanggan kita, apa kelebihan produk kita perlu disampaikan kepada mereka yang menyebabkan mereka beli drpd kita. 

Banyak teknik2 marketing yang bakal Cik Wann share kepada new protege biz online Cik Wann nanti. Antaranya cara dptkan iklan yang murah supaya lebih menguntungkan. Ayat iklan yang power beserta gambar dan lain2 lain. 

Start your biz online now! 
PM je Cik Wann di 0122135641

Thursday, November 24, 2016

BIOZONE Food Purifier



BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Wannoraini Abdul Latif, [24.11.16 13:51]
Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.


KELEBIHAN PRODUK

  1. Selamat.
  2. Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
  3. Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
  4. Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
  5. Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.


CIRI-CIRI PRODUK

  1. Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
  2. Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
  3. Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
  4. 100% tiub silikon yang bergred medikal.
  5. Batu seramik yang bergred tinggi.
  6. Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
  7. Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.


CARA PENGGUNAAN

  1. Sediakan semangkuk air.
  2. Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
  3. Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
  4. Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
  5. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
  6. Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda.